SALAM SILATURRAHIM . Selamat Datang ke Blog PSKD, blog bagi penduduk di Taman KTC Fasa 4 (Damelda). Moga kita dapat memupuk ukhwah dan silaturrahim dalam masyarakat taman ini. Semoga juga blog ini dapat memberikan sumber rujukan serta maklumat dari masa ke semasa. -admin-

Wednesday, December 28, 2011

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2012

Salam,

Lagi tiga hari sahaja lagi 2011 bakal meninggalkan kita ... masa yang berlalu tidak boleh di undur lagi dah. Mari kita bertanya pada diri sendiri ... Adakah azam 2011 telah berjaya di laksana? Apakah perkara-perkara positif dan kebaikan yang kita telah lakukan dalam 2011? Dan bla.. bla.. bla.... ('tepuk dada tanya selera")

Apapun ... kepada warga PSKD, Selamat Menyambut Tahun 2012 dan semoga kerjasama dan jalinan silaturrahim antara semua warga PSKD makin bertambah teguh dan erat.

Wassalam....

-admin pskd-

* bila nak buat lantikan AJK PSKD tahun 2012/2013 .. sonyep aje nie...

Tuesday, December 27, 2011

SEKADAR BERKONGSI ... SEKOLAH DAH NAK MULA!!!!

Salam,


Cuti sekolah tinggal seminggu saja lagi. Minggu depan 3 Januari 2012 akan bermula sesi persekolahan bagi tahun 2012. Bagi ibubapa warga PSKD yang anak-anak bersekolah di SK Taman Hi-Tech, bermula tahun 2012 sesi persekolahan akan melibatkan sesi pagi dan petang. So .... ibubapa yang terlibat macam saya ini terpaksa mula bersedia untuk mengambil anak balik sekolah waktu pagi dan petang. Dan apa yang dikesalkan adalah penamatan kelas pengajian KAFA oleh sekolah berkenaan. Bagi kita sesuatu yang elok patut di teruskan.... tapi pihak sekolah pula telah menamatkan kelas KAFA berkenaan dengan alasan kelas tak cukup (patut terima ke alasan ini ???????).
So apapun... pada ibubapa .... jangan lupa membeli kelengkapan persekolahan anak2 dan membeli buku di sekolah. Moga anak-anak kita akan berjaya dan terus berjaya .... insyallah.

Wassalam

-admin pskd-

Monday, December 19, 2011

SEKADAR BERKONGSI - BERITA TAMAN BERDEKATAN

Salam,


Info daripada blog yang admin temui mengenai taman perumahan berhampiran dengan Taman KTC4.


GAMBAR PONTIANAK KULIM HITECH YANG DIRAKAM SINAR HARIAN
 HI-TECH - Misteri lembaga putih dipercayai langsuir yang dilaporkan sering bertenggek di atas paip air di jalan masuk ke Taman Kulim Perdana terjawab apabila imej objek putih yang sedang terbang berjaya dirakamkan Sinar Harian kira-kira jam 2.45 pagi semalam.
 Sebelum ini, Sinar Harian dimaklumkan orang ramai mengenai kewujudan makhluk itu dan ia sering ditemui berterbangan sekitar kawasan ladang kelapa sawit berdekatan sebelum bertenggek di atas paip air.
 Ketika imej berkenaan dirakam, keadaan di sekitar kawasan itu gelap dan hujan renyai.
 Sebelum penggambaran dibuat, perkhidmatan pengamal perubatan tradisional terdiri dalam kalangan masyarakat Melayu dan Cina turut digunakan untuk memastikan lembaga yang selama ini menghantui tempat itu dirakamkan.
 Selain kemenyan dan setanggi, beberapa peralatan lain turut digunakan. Malah, pengamal perubatan Cina yang hanya mahu dikenal sebagai Tan turut menjalankan upacara pemujaan di lokasi terbabit dan ini adalah hari ketiga cubaan untuk merakamkan imej lembaga itu.
 Sebelum imej berjaya dirakamkan, terdapat beberapa gangguan berlaku seperti salakan anjing yang kuat dan sayup serta bau bunga kemboja yang sering ditemui di tanah perkuburan.
Perasaan seram sejuk semakin kuat dan menyebabkan dua daripada empat orang yang berada di lokasi mengambil keputusan untuk beredar dari kawasan itu.
 Daripada pengamatan dibuat pada imej lembaga berkenaan, ia tidak bermata dan badannya putih seakan-akan dibalut dengan sesuatu.
 Ketika rakaman dibuat, lembaga itu terbang dengan keadaan mukanya menghadap ke hadapan di belakang wartawan Sinar Harian yang sedang duduk di tepi pembahagi jalan.
 Seorang pengamal perubatan tradisional Melayu yang dikenal dengan nama Rosli berkata, terdapat lima lembaga sekitar kawasan itu dan imej yang berjaya dirakamkan adalah yang ketiga.
 Menurutnya, sebelum ini, pokok besar dan hutan tebal di sekitar kawasan itu menjadi tempat tinggal mereka, tetapi setelah ia diteroka bagi tujuan pembangunan, makhluk ini terus mendiami tapak lamanya.
 “Makhluk halus, jin, iblis dan syaitan memang wujud dan kita harus mempercayainya. Mereka muncul setelah diseru dan dipuja.
 “Kita boleh berkomunikasi dengan mereka jika kita mempelajari ilmu tertentu. Selain itu, makhluk ini turut mengenali dan akan membenci individu yang tahu asal-usul mereka,” katanya.

-SH

Saturday, December 3, 2011

MESYUARAT AJK & WARGA PSKD KALI KE-4

Salam,

Gambar sekitar mesyuarat jawatankuasa & warga PSKD pada 30 November 2011.

Pengerusi (tengah) Lt. Kol (B) Umar, Setiausaha (Kanan) Saudara Hazizi, Wakil Lorong (Kiri) Saudara Wan

Gambar sebelah ... yang berbaju biru (tengah), Mohd Nor  'chef' untuk majlis silaturrahim..... Yang kanan (berbaju hitam), saudara Anuar.... tuan rumah mesyuarat kali ini. Kiri sekali Hj.Rohaimi, Kanan sekali Saudara Faris.









Gambar kiri, berbaju biru tersipu-sipu malu.... Naib Pengerusi PSKD, Saudara Man di apit oleh saudara Boy dan Syukri.
Gambar kanan, berbaju biru muda, bakal AJK tertinggi yang baru, Cikgu Khalil. Yang berbaju hijau, Saudara Saiful, berbaju orange Saudara Hafiz (wakil lorong 4/19).


Antara jamuan ringan yang disediakan malam mesyuarat.... Pisang emas dan nangka + air mineral sponsor ........






Wassalam

-admin ktc-




Friday, December 2, 2011

SEKADAR MAKLUMAN .. MAJLIS SILATURRAHIM PSKD 10 DISEMBER 2010

Salam,

Insyaallah pada 10 Disember 2011 akan di adakan majlis silaturrahim PSKD  (sempena sambutan Awam Muharram) di perkarangan antara rumah En. Khalid dan En. Saha bermula jam 8.30 mlm. Anjuran majlis ini susulan daripada mesyuarat kali ke-4 yang diadakan di rumah salah seorang warga PSKD, En. Anuar pada 30 November 2011. Antara pengisian majlis ini berupa jamuan makan ayam panggang (yang mana setiap rumah warga PSKD di minta membawa seekor ayam yang telah siap 'diperam' mengikut resepi masing-masing sebelum di bakar/dipanggang di majlis berkenaan). Antara menu lain jamuan makan berkenaan adalah seperti satay, mihun goreng, nasi goreng, nugget & sosej goreng serta buah-buahan.




Keputusan mesyuarat pada malam 30 November 2011 juga telah melantik jawatankuasa pelaksana majlis berkenaan dan ketetapan untuk kutipan sumber kewangan sebanyak RM30.00 setiap rumah juga telah dibuat. Semua warga PSKD boleh menghulurkan sumbangan berkenaan kepada ketua-ketua lorong atau terus kepada Bendahari PSKD (En. Jasni)  sebelum 5 Disember 2011.

Insyaallah... pada malam kemuncak majlis silaturrahim berkenaan, pembubaran Jawatankuasa PSKD tahun 2009/2011 akan diadakan dan lantikan Jawatankuasa PSKD yang baru akan dilakukan.

So pesanan daripada Pengerusi PSKD + AJK Pelaksana Majlis Silaturrahim:-
1. Para bapa-bapa diminta datang ke lokasi majlis untuk kerja-kerja memanggang ayam pada 5.00 petang.
2. Semua isi rumah PSKD di minta menghantar ayam yang di'peram' ke lokasi majlis pada jam 5.00 petang untuk proses memanggang.
3. Kaum ibu + anak-anak di minta mula ke majlis pada jam 8.00 malam.
(*pesanan pengerusi:- kerja-kerja menyiapkan jamuan makan malam berkenaan 100% akan dilakukan oleh kaum bapa-bapa, 'orang-rumah' semua goyang kaki dan makan sahaja).

Semoga dengan majlis ini diharapkan hubungan kekeluargaan dapat dieratkan lagi......

Wassalam,

-admin pskd-

Friday, November 25, 2011

SALAM MAAL HIJRAH 1433

Salam


Selamat Menyambut Awal Muharram 1433H pada 27/11/11 pada semua warga PSKD. Semoga terlaksana azam lalu dan tanamkan tekad dengan azam yang baru tahun ini......Insyaallah...


Wassalam

-admin pskd-

Tuesday, November 22, 2011

SEKADAR PANDUAN....SOS TIDAK HALAL

Salam.

Untuk panduan semua..... harus beringat


wassalam

-admin pskd-

sumber : rakan sekerja

Monday, November 21, 2011

SEKADAR MAKLUMAN .... MESYUARAT AJK

Salam....


UPDATE ...Insyaallah ...satu mesyuarat antara AJK PSKD akan di adakan pada 30 November 2011 selepas waktu solat Isyak bagi membincangkan aktiviti hujung tahun 2011. Makluman dan ketetapan mesyuarat seterusnya akan di lakukan oleh tuan setiausaha dalam masa terdekat.

Wassalam

-admin pskd-

Monday, November 14, 2011

SEKADAR INFO .... Majlis BBQ

Salam....

Macam sodap aje......

Emmmm.... dok dengar-dengar AJK PSKD  tengah dok memikir nak anjurkan majlis BBQ. Tak pasti jadi atau tak .... sebab banyak perkara kena di fikirkan .... macam tarikh, masa, budget dan lain-lain. Hopefully ... akan jadi majlis ini. Kalau tak jadi jugak  ... kita berbincang lagi untuk aktiviti yang lain.

wassalam

-admin-pskd-

* dok memikir juga.... bila pulak lantikan AJK baru nak buat... 2011 dah nak sampai hujung dah nie...

SEKADAR MENULIS ..... Ayam Serama & Burung Terkukur

Salam...

Sekiranya penduduk PSKD yang berdekatan dengan rumah admin pagi-pagi buta dok dengar ayam berkokok dan bunyi burung terkukur tu ... jangan buat-buat pelik. Walaupun sebelum ini kadang-kadang kita dok dengar ayam hutan berkokok awal lagi atau lewat petang di belukar bersebelahan dengan taman, sekarang ini pagi-pagi akan kedengaran ayam serama peliharaan admin berkokok. 

Admin minta maaf kalau bunyi kokokan ayam serama  dan burung terkukur berkenaan mengganggu ketenteraman jiran-jiran. Hajat hati admin bukannya nak mengganggu .. cuma admin inginkan suasana harmoni macam suasana kampung.

Ayam serama ini admin perolehi dari rakan kerja admin. (kalau nak melawat dan nak tahu dengan lebih lanjut  sila layari http://seramamas.blogspot.com/ dan http://seramapb.blogspot.com/2011/03/ayam-serama-majidie-pinang-tunggal.html ).

Dan pada masa yang sama juga ... akan kedengaran bunyi burung terkukur pada masa-masa tertentu. So pada jiran-jiran .... jangan mare .... nanti kena jual... heh heh)

Wassalam

-Admin pskd-.

Friday, November 11, 2011

SEKADAR RELEASE TENSION...

Salam....

Good girl......tapi jaga-jaga


Wassalam

-admin-

SEKADAR MENULIS ....Tarikh Cantik pada 2011

Salam.....

Hari ini 11.11.2011   ....ataupun 11.11.11. Cukup cantik tarikh hari ini, lagi-lagi jatuh pada hari Jumaat (penghulu segala hari). Confirm hari ini ramai yang berebut untuk bertunang dan  berkahwin. Dan yang paling bertuah yang melahirkan anak hari ini.... dan kalau lahir pulak jam 11.11 malam atau pagi... lagi ler miracle. Tapi ada orang cakap apa ada pada tarikh????. Harus diingat.... tarikh ini hanya datang sekali sahaja.... tak akan muncul-muncul lagi. (nak buat macam filem 'back to future' tak logik juga). Apapun hanya Allah sahaja yang mampu....

Antara tarikh-tarikh cantik pada 2011 ini (yang telah pun berlalu.....)
1.11.11 (1 November 2011)
11.1.11  (11 Januari 2011)
09.10.11 ( 09 Oktober 2011)
 (tarikh ini coming soon....kalau nak plan apa-apa tu boleh ler mulakan sekarang)
20.11.2011 (20 November 2011)
22.11.11 (22 November 2011)


Wassalam

-admin-

post catatan pada 11.11.11 pagi  heh heh...
- kita sama-sama tunggu 12.12.12 pulak tahun depan... Insyaallah

Thursday, November 10, 2011

SEKADAR INFO .... warga PSKD berpindah

Salam,


Untuk makluman Pakcik Bakar ( warga PSKD yang menyewa rumah di no. 434, lorong KTC 4/18) akan berpindah ke Johor. Semoga berjumpa lagi.....

wassalam

-admin PSKD-

SEKADAR ....... bertanya.????????

Salam....


Nampaknya sejak kebelakangan ini tiada aktiviti di PSKD yang telah dijalankan. Kali terakhir rasanya ialah aktiviti di Sri Impian Inn (rasanya dalam bulan April 2011).

Rasanya antara sebab utama ialah kesibukkan semua warga PSKD ... memang tak dinafikan lagi. So rasanya semua warga PSKD memahami situasi AJK PSKD yang tidak dapat merancang dan menganjur sebarang aktiviti sebelum ini. Harapan di tahun depan...semoga aktiviti yang dapat merapatkan silatulrahim dapat dilaksanakan.....

Cuma untuk makluman warga PSKD... pondok keselamatan a.k.a wakaf nampaknya dah siap. (terima kasih pada En. Malik & the gang yang menyiapkan pondok keselamatan ini). Tapi admin nak juga bertanya .... apa rancangan seterusnya bila pondok ini dah siap. Takut nanti jadi tempat lepak budak-budak nakal menghisap rokok......


Wassalam



-admin PSKD-

SELAMAT BERCUTI & SELAMAT DALAM PEPERIKSAAN

Salam......

Dah lama admin menyepi diri... sibuk dengan kerja....
Nampaknya tak sempat nak update blog ini... dah terlepas aktiviti utama, antaranya:-
1. Lupa nak war-warnya warga PSKD yang tahun ini menjadi tetamu ALLAH (ke Mekah).....
2. Lewat nak  ucapkan Salam Aidiladha kepada semua warga PSKD....


So untuk kesempatan kali ini nampaknya anak2 warga PSKD yang bersekolah akan mula bercuti  pada 19 /11/11 ini (tinggal seminggu lagi ....). Makanya ... admin nak ucapkan selamat bercuti pada anak2, pada mak/ayah (bercuti juga nak menghantar anak ke sekolah). Tentunya warga PSKD yang berstatus cikgu tu akan bercuti panjang.... so di ucapkan selamat bercuti juga la.




Dan pada anak2 warga PSKD yang nak mengambil SPM/STPM (ada atau tidak .... admin tak pasti) diucapkan selamat berjaya dalam peperiksaan. Lakukan yang terbaik.... semua warga PSKD mendoakan kejayaan kalian.

wassalam....

-admin PSKD-

Wednesday, October 12, 2011

IKLAN ... Voltage Stabilizer (Utk kereta) .. maklumat yang perlu anda tahu....

Salam....... sekadar INFO,

Kegunaan Voltage Stabilizer ( penstabil voltan)...

Sekarang ini banyak alat penstabil voltan yang terdapat di pasaran seperti I-Charge, Moto TSXII,  Zapgold, Mega Fuel Saver, Ecostorm dan sebagainya. Alat ini dikatakan boleh menjimatkan petrol, memudahkan enjin dihidupkan, meningkatkan kuasa pecutan (tork) dan memanjangkan jangka hayat bateri. 

Bagaimana alat penstabil voltan berfungsi ?
Bekalan elektrik dalam kereta adalah 12V. Dalam keadaan biasa selepas enjin dihidupkan, alternator biasanya membekalkan bekalan elektrik dalam lingkungan 14V. Walaubagaimanapun,  nilai voltan ini semakin menurun apabila lampu, radio dan penghawa dingin dihidupkan sehingga ia kurang dari 12V.

Ini akan menyebabkan palam pancucuh (spark plug) kurang menghasilkan percikan api, lampu menjadi malap, radio tidak bertenaga dan bateri tidak dicas dengan sempurna. Tambahan pula, semua kenderaan baru kini menggunakan ECU (Engine Control Unit) yang mengawal kadar suntikan bahan api ke dalam enjin. ECU ini  tidak dapat berfungsi dengan baik sekiranya tidak mendapat bekalan voltan yang mencukupi.

Tuesday, October 11, 2011

IKLAN ... Voltage Stabilizer (Utk kereta) ..."Contact Admin"

Salam,

Sekadar promosi .... voltage stabilizer (yang di hasilkan sendiri oleh rakan kerja di tempat kerja). Berminat hubungi saya .... special utk warga PSKD (harga boleh di runding lagi.... sikit-sikit boleh ler kurang)


Wassalam

-admin PSKD-

Tuesday, September 13, 2011

SEKADAR PANDUAN .....Pada pemilik kereta

Makna Nombor Pada Tayar


Sebenarnya, setiap tayar mempunyai maklumat yang terperinci berhubung jenis, saiz dan keumpamaan, termasuk minggu dan tahun keluaran. sesiapa saja dapat memahami maklumat ini untuk membuat pilihan tayar yang tepat bagi kenderaan mereka. cara paling tepat memahaminya adalah dengan memilih satu contoh tayar dan menelitinya sedikit demi sedikit.

Di bawah ini adalah panduan untuk makna nombor yang paling penting bagi sebuah tayar. Sebagai contoh, kita akan teliti nombor berikut:
175/70R13 82H. Nombor 175 yang pertama dalam siri merujuk kepada lebar itu dalam milimeter, iaitu jarak diukur dari sisi ke sisi. biasanya jika lebih besar nilai angka ini lebih lebar tayar itu. Nombor 70 menyatakan nisbah aspek (aspact ratio) tayar atau ketinggian tayar berbanding dengan kelebaran tayar itu.

SEKADAR PANDUAN .....


Tips penjagaan gear box




Kali ini saya kongsikan pengetahuan saya mengenai cara penjagaan gearbox manual dan auto.
Apabila kita membeli kereta baru, semua peralatan adalah baru termasuk gear box. Dan jika kita perhatikan, ada dinyatakan apabila millage kereta kita mencecah 1,000 km, kita perlu hantar kereta untuk service pertama. Service pertama adalah check up terakhir yang sepatutnya dibuat pada semua kereta oleh pengeluar kereta. Perkara yang diperiksa pada service pertama termasuk menukar semua jenis minyak pada kereta termasuk minyak gear box. Jangan abaikan service pertama ini kerana pada masa ini
minyak enjin dan minyak gear box yang mengandungi lebihan besi atau habuk besi di dalam enjin akan dibuang bagi mengelakkan enjin dan gear box terhakis.Bagi yang membeli kereta secondhand, apa yang perlu dibuat, tukar minyak gear box sebaik sahaja anda membeli kereta tersebut dan rekodkan bacaan millage kereta anda. Bagi auto, setiap 15,000 atau 20,000 km, tukar minyak gear box anda.Bagi manual, setiap 40,000
atau 50,000 km
tukar minyak gear box anda.

Wednesday, September 7, 2011

SEKADAR RENUNGAN


Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah

Sumbangan : Iskandar Hassan

Seorang Executive muda yang berjaya sedang memandu
disebuah perkampungan di pinggir Bandar. Ia memandu
agak laju dengan sebuah kereta Waja  yang berprestasi
tinggi yang baru sahaja dibelinya.

Sambil ia memandu  perlahan-lahan ia sedang memerhatikan
seorang anak kecil dicelah-celah kereta yang diletakkan ditepi
jalan, ia memperlahankan keretanya untuk melihat
sesuatu yang difikirkannya.

Friday, August 26, 2011

SEKADAR PEDOMAN DI MUSIM RAYA

Perkara-perkara yang perlu dielakkan dalam sibuk beraya

wassalam

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin

dari 'admin & keluarga'

Kepada semua Warga PSKD....


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN..

Semoga Berbahagia & Ceria Bersama Keluarga Tersayang

Semoga Berhati-hati di Jalan Raya

Thursday, August 25, 2011

SEKADAR RENUNGAN

Salam,

Secebis kisah benar  .... hebatnya  seorang 'ibu' (sumber: blog rakan2)

Kisah Benar : "Abang,tunggu mak di syurga ya"

Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.

Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terakhir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'.

Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju  itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang.
Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskanair buat kali terakhir pada tubuh kecil abang.

SELOKA MENJELANG RAYA ....

Salam...

Seloka pantun menjelang raya ( admin ambil dan pinda mana yang patut dari email yang diterima.....)

Cincin emas cincin suasa
Terlekat pada jari si dara
Semua orang nampak gembira
Minggu hadapan tamat puasa

Minggu hadapan tamat puasa
Girang hati tidak terkira
Menjelang pula hari raya
Dapat berjumpa sanak saudara

Dapat berjumpa sanak saudara
Ingatlah juga yang sudah tiada
Luangkan masa ziarahi pusara
Kepada mereka iringkan doa

Kepada mereka iringkan doa
Juga kita di maya pada
Hati hati di jalanraya
Agar kita tidak berduka

Agar kita tidak berduka
Begitu juga kaum keluarga
Marilah kita iringkan doa
Agar kita bertemu semula

Agar kita bertemu semula
Selepas kita berhari raya
Biar Nampak semua ceria
Di PSKD tempat bersua-mesra....

Wassalam...

Wednesday, August 24, 2011

SALAM TAKZIAH......

Salam,


AL-FATIHAH .......Salam Takziah dari semua warga PSKD kepada En. Syukri (warga PSKD di No. 410, Lorong KTC 4/17) atas pemergian ke rahmatullah ayahanda tercinta pada pagi hari ini 24 Ogos 2011. Jenazah akan disemadikan di tanah perkuburan Masjid Kelang Lama sebelum waktu zohor. Semoga arwah akan di cucuri rahmat.......AMIN...

Wassalam

-admin-

Monday, August 22, 2011

SEKADAR RENUNGAN .....

Salam,

Cerita teladan untuk renungan kita bersama ......
Kesedihan hati seorang 'ibu'
Kisah “Mana Mak??”


Jam 6.30 petang.  
Mak  berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, "Along mana?'
Mak jawab, "Ada di dapur tolong siapkan makan."
Ayah tanya Mak lagi," Angah mana?"
Mak jawab, "Angah mandi, baru balik main bola."
Ayah tanya Mak, "Ateh mana?"
Mak jawab, "Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?"
Ayah tanya lagi, "Adik dah balik?"
Mak jawab, "Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik."
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

(Dua puluh tahun kemudian)
Jam 6.30 petang
Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.
Ayah tanya Along, "Mana Mak?"
Along sedang membelek-belek baju barunya.  Along jawab, "Tak tahu."
Ayah tanya Angah, "Mana Mak?"
Angah  menonton tv.  Angah jawab, "Mana Angah tahu."
Ayah tanya Ateh, "Mana Mak?"
Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh  yang  asyik membaca majalah.  
 Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"  Ateh  menjawab, "Entah." 
 Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
Ayah tanya Alang, "Mana Mak?"
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.
Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.
Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.
Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"
Tiba-tiba adik bungsu bersuara, "Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!"
Tersentap hati Ayah mendengar  kata-kata Adik. 

Thursday, August 11, 2011

SEKADAR PERINGATAN ..... TIDAK HALAL??????

Salam,

Admin sertakan nama-nama syarikat pengeluar yang 'tidak lepas' sijil HALAL dari JAKIM. Moga kita berhati-hati................. (sumber dari blog sayuza.blogspot)




Tuesday, August 2, 2011

SEKADAR RENUNGAN ...... 11 AMALAN SUNNAH BULAN RAMADHAN

Salam,

Untuk panduan kita .... admin ambil dari rakan2 sekerja....


Adalah penting bagi kita untuk mengetahui kalam Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam dalam bab kaifiat dan fadhilat ibadah. Ini kerana ia merupakan janji benar yang menjadi jaminan yangkukuh untuk kita berpegang dengannya. Menjadi sumber motivasi buat orang-orang yang beriman.

Berikut adalah beberapa hadith Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam yang menerangkan kepada kita bagaimana untuk mendapatkan impak maksima dari kebaikan Ramadhan. Saya telah memetiknya dari kitab Riyadhus-Solihin susunan Imam an-Nawawi dan kitab Feqh as-Sunnah susunan Sheikh Sayyid Sabiq. Semoga kita semua dapat mengamalkannya, insyaALLAH.

1. Keutamaan Sahur Dan Mentakhirkannya Selama Tidak Khuatir Akan Terbitnya Fajar

Dari Anas radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Bersahurlah kamu sekalian kerana sesungguhnya di dalam sahur itu terdapat barakah.” (HR Bukhari & Muslim)

Dari Zaid bin Tsabit radhiAllahu ‘anhu berkata: “Kami sahur bersama-sama dengan Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam, kemudian kami melaksanakan solat.” Ada seseorang bertanya: “Berapa lama antara sahur dengan solat itu?” Ia menjawab: “Kira-kira 50 ayat.” (HR Bukhari & Muslim)

SEKADAR RENUNGAN ... 5 RAHSIA IBADAH PUASA

Salam,


Info yang berguna pada kita. Admin ambil dari rakan2....




DR Yusuf Qardhawi dalam kitabnya ‘al-Ibadah Fil Islam’ mengungkapkan ada lima rahsia utama puasa yang membolehkan kita merasakan kenikmatan dalam ibadat ini.
DR Yusuf Qardhawi dalam kitabnya ‘al-Ibadah Fil Islam’ mengungkapkan ada lima rahsia utama puasa yang membolehkan kita merasakan kenikmatan dalam ibadat ini.

1.Menguatkan jiwa.

Dalam hidup, kita mendapati ada manusia yang dikuasai hawa nafsu.

Manusia seperti ini, menuruti apa yang menjadi keinginannya, meskipun ia sesuatu yang batil serta mengganggu dan merugikan orang lain.

Oleh itu, dalam Islam ada perintah untuk memerangi hawa nafsu dengan maksud berusaha untuk menguasainya. Bukan membunuh nafsu yang membuat kita tidak mempunyai keinginan terhadap sesuatu bersifat duniawi.

Monday, August 1, 2011

SEKADAR PEDOMAN ..... TENTANG IBADAH PUASA


Salam...


Antara kandungan menarik tentang ibadah berpuasa yang admin dapat dari internet...... sama-sama kita hayatinya.....




Kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang di maksudkan adalah :-

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).

Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

Friday, July 29, 2011

SALAM RAMADHAN

Salam....


Selamat Menyambut Ramadhan ... semoga amal ibadah kita diterimaNYA.


p/s: warga lelaki PSKD tu jangan dok ponteng puasa plak....

Wassalam

-admin-

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...