SALAM SILATURRAHIM . Selamat Datang ke Blog PSKD, blog bagi penduduk di Taman KTC Fasa 4 (Damelda). Moga kita dapat memupuk ukhwah dan silaturrahim dalam masyarakat taman ini. Semoga juga blog ini dapat memberikan sumber rujukan serta maklumat dari masa ke semasa. -admin-

Friday, December 2, 2011

SEKADAR MAKLUMAN .. MAJLIS SILATURRAHIM PSKD 10 DISEMBER 2010

Salam,

Insyaallah pada 10 Disember 2011 akan di adakan majlis silaturrahim PSKD  (sempena sambutan Awam Muharram) di perkarangan antara rumah En. Khalid dan En. Saha bermula jam 8.30 mlm. Anjuran majlis ini susulan daripada mesyuarat kali ke-4 yang diadakan di rumah salah seorang warga PSKD, En. Anuar pada 30 November 2011. Antara pengisian majlis ini berupa jamuan makan ayam panggang (yang mana setiap rumah warga PSKD di minta membawa seekor ayam yang telah siap 'diperam' mengikut resepi masing-masing sebelum di bakar/dipanggang di majlis berkenaan). Antara menu lain jamuan makan berkenaan adalah seperti satay, mihun goreng, nasi goreng, nugget & sosej goreng serta buah-buahan.




Keputusan mesyuarat pada malam 30 November 2011 juga telah melantik jawatankuasa pelaksana majlis berkenaan dan ketetapan untuk kutipan sumber kewangan sebanyak RM30.00 setiap rumah juga telah dibuat. Semua warga PSKD boleh menghulurkan sumbangan berkenaan kepada ketua-ketua lorong atau terus kepada Bendahari PSKD (En. Jasni)  sebelum 5 Disember 2011.

Insyaallah... pada malam kemuncak majlis silaturrahim berkenaan, pembubaran Jawatankuasa PSKD tahun 2009/2011 akan diadakan dan lantikan Jawatankuasa PSKD yang baru akan dilakukan.

So pesanan daripada Pengerusi PSKD + AJK Pelaksana Majlis Silaturrahim:-
1. Para bapa-bapa diminta datang ke lokasi majlis untuk kerja-kerja memanggang ayam pada 5.00 petang.
2. Semua isi rumah PSKD di minta menghantar ayam yang di'peram' ke lokasi majlis pada jam 5.00 petang untuk proses memanggang.
3. Kaum ibu + anak-anak di minta mula ke majlis pada jam 8.00 malam.
(*pesanan pengerusi:- kerja-kerja menyiapkan jamuan makan malam berkenaan 100% akan dilakukan oleh kaum bapa-bapa, 'orang-rumah' semua goyang kaki dan makan sahaja).

Semoga dengan majlis ini diharapkan hubungan kekeluargaan dapat dieratkan lagi......

Wassalam,

-admin pskd-

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...