SALAM SILATURRAHIM . Selamat Datang ke Blog PSKD, blog bagi penduduk di Taman KTC Fasa 4 (Damelda). Moga kita dapat memupuk ukhwah dan silaturrahim dalam masyarakat taman ini. Semoga juga blog ini dapat memberikan sumber rujukan serta maklumat dari masa ke semasa. -admin-

Friday, April 29, 2011

SEKADAR PANDUAN ......

Salam,

Semoga membantu menjaga kesihatan (jantung) ..... 'klik di gambar untuk besarkan gambar ini'..
Wassalam

-admin-

SEKADAR INFO .......POKOK PISANG KAKI

Salam,

Admin nak tanya tuan puan!!!!!!. Kita tahu kat dunia ini terdapat banyak jenis pisang (pisang emas, pisang tanduk, pisang kaki dan lain-lain lagi) serta  tahu gambaran rupa pokok pisang berkenaan. Mesti berdaun panjang dan lebar serta tiada mempunyai ranting. Tapi bagaimana pula rupa bentuk pokok pisang kaki ..... adakah sama dengan pokok-pokok pisang biasa....

Untuk info ... disertakan gambar pokok pisang kaki yang sebenarnya.



             Pokok Pisang kaki - rupanya macam pokok manggis tapi warna buah oren

Wassalam

-admin-

Wednesday, April 27, 2011

SEKADAR PANDUAN .....

Salam,


Tips ini admin copy dari blog rakan-rakan. Moga menjadi pedoman buat 
suami-isteri warga PSKD.....

Tips Mengoda Pasangan Yang Paling Best..( khas kepada yang dah 

kahwin saja..)..yang belum kahwin pun boleh baca..

Bila kita sudah lama bernikah susah untuk memulakan sesuatu yang dulunya 
lazim kita lakukan semasa baru nikah. Kadangkala akibat dari perpisahan yang 
lama atau sesuatu pertengkaran masing-masing malu untuk melakukan gerakan
 pertama.

Kebanyakkan pasangan melayu yang telah melepasi tahap alam berumahtangga 
selama 10 tahun, mereka berasa malu2 untuk berkeadaan seperti dalam alam 
percintaan, sewaktu alam percintaan dia punya "caring..." perggghhhh... 
macam laila majnun.... selepas bernikah 10 tahun, kalau pasangannya jatuh
 tersadung batu... pasangannya pula yang kena maki hamun.



Di bawah ini ada beberapa tips untuk menggoda pasangan. Harap-harap 
anda akan berjaya...;

1. Cuit-cuit 

Yang ini boleh dilakukan pada bila-bila masa. Kalau lihat si dia sibukdan kelihatan 
tertekan serta tegang semasa sedang membuat kerja, cuit-cuitlah dia sikit. Mungkin 
cara ini boleh mengurangkan sedikit rasa stressnya. Tapi sebelum cuit, tengok dulu 
kerja apa yang sedang dibuatnya...


Kemudian fikirkan, jika semasa anda ganggu itu, okey ke tidak? Bukan apa, 
bimbang nanti kalau tidak kena gayanya, bukan untuk menambahkan 
kemesraan, tetapi pelempang pula naik ke muka. Bukankah nayaaa... namanya.

Sunday, April 24, 2011

PERKARA-PERKARA DALAM PROSES PEMBAIKAN

Salam,

Pihak admin kemukakan beberapa perkara-perkara yang di dalam proses pembaikan dan perhatian pihak AJK. Di harap permasalahan yang timbul dapat di atasi ... insyaallah... dengan kerjasama semua pihak.

1. Pondok keselamatan - dalam proses untuk menyiapkan. Pembinaan setakat ini seperti gambaran dibawah. Pembinaan 100% menggunakan kepakaran warga PSKD. Kerja terpaksa di'delay'kan disebabkan kesibukkan.

                                                        
2. Projek gotong royong penyediaan padang bolasepak. - termasuk sedikit tanaman rumbut. (sekarang ini asyik hujan waktu petang ... rumput dengan lalang yang naik sama banyak... he he heh).

Friday, April 22, 2011

SEKADAR RENUNGAN

Salam,

Boleh dijadikan pedoman di hari Jumaat yang mulia ini (saya copy dari blog kawan-kawan)


10 Amalan yang Disukai tapi Salah

Pernahkan anda bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan seharian. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain.
Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?


2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

Thursday, April 21, 2011

Wednesday, April 20, 2011

SEKADAR PEDOMAN

Salam,

Moga menjadi pedoman .......

-admin-

Tuesday, April 19, 2011

SEKADAR PERINGATAN ...... bahaya di mana-mana.

                                video 
Salam,

Harap berhati-hati walau mana anda berada. Kecelakaan tidak berbau.

Wassalam

-admin-


Sekadar Renungan ... Betul atau tidak terpulang pada individu....

8 perkara pantang bagi lelaki

1. Jika anda mahu disayangi sepenuh hati oleh lelaki yang anda sayangi jangan bongkar rahsia diri anda sendiri. Usah beritahu dia ada ramai lelaki meminati anda. Dia boleh bertindak meninggalkan anda ataupun cari masalah dengan lelaki-lelaki berkenaan. Dia boleh anggap anda "buaya" atau "pisau cukur". Tidak mustahil juga dia berasa jauh hati dan merasakan dirinya tiada peluang.

Lebihkan berbicara tentang masa hadapan dan dia sebagai satu-satunya lelaki yang bertakhta di hati anda. Usah banding-bandingkan dia dengan lelaki yang pernah anda kenali. Itu mengundang musibah.

2. Sejahat-jahat lelaki selalunya tetap patuh dan taat pada ibunya. Jdi, jangan gatal-gatal cakap itu ini, begitu begini tentang ibunya. Cakap yang baik-baik tak apa walaupun tak betul. Lelaki mudah lemah apabila

Thursday, April 14, 2011

BUAT ISTERI-ISTERI WARGA PSKD

Boleh dijadikan panduan;

video

AKTIVITI PSKD - TAHUN 2010 & Setakat 2011

Salam,

Untuk informasi khariah Damelda....

Aktiviti yang dijalankan setakat ini.....2010
1. Lantikan Jawatankuasa PSKD - diadakan di rumah sahabat kita, Mr.. Mokhtar di malam hari di musim world-cup (teman pun dah lupa tarikhnya). Hampir 95% kehadiran warga suami pada malam berkenaan untuk berkenalan dgn lebih rapat dan bermesyuarat. Maka Jawatankuasa pun telah dilantik bagi 2010/2011 (senarai AJK rasanya kita perlu rujuk pada tuan SU - En. Hazizi).So lepas meeting tu ade juga aktiviti yang dirancang.

2.Pembinaan 'pondok pemerhati /pengawal' - setakat ini boleh dikatakan 60% siap. Walaupun rasanya hampir setahun tak siap2 lagi akibat kesibukan rakan2 tetapi rasanya kalau nak compare dengan

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...