SALAM SILATURRAHIM . Selamat Datang ke Blog PSKD, blog bagi penduduk di Taman KTC Fasa 4 (Damelda). Moga kita dapat memupuk ukhwah dan silaturrahim dalam masyarakat taman ini. Semoga juga blog ini dapat memberikan sumber rujukan serta maklumat dari masa ke semasa. -admin-

Thursday, September 5, 2013

MAJLIS TAHLIL & DOA SELAMAT SERTA JAMUAN RAYA 2013 PSKD

As salam...

Nampaknya dah hampir setahun blog PSKD macam tak berpenghuni..... maaf kerana admin tak sempat nak ber'blog' dan menyampaikan maklumat disebabkan ada hal-hal yang tidak dapat di elakkan.

Alhamdullillah..... setelah sambutan raya peringkat taman PSKD pada tahun 2012 tidak dapat dijalankan, pada tahun ini (2013) sambutan ini kembali. Pada kali ini sambutan jamuan raya PSKD disertakan bersama-sama dengan majlis tahlil dan doa selamat di rumah saudara Shukri. (nampaknya keseluruhan majlis ini di sponsor oleh tuan rumah). Namun demikian, insyaallah AJK PSKD akan menyediakan duit raya pada anak-anak penduduk khariah ini....



Apapun... harapan admin.... moga silatulrahim penduduk dan warga PSKD akan sentiasa kekal terjalin.

Wassalam..

*terdapat 3 warga baru PSKD yang baru masuk menyewa di taman ini.... selamat datang diucapkan..

Monday, August 13, 2012

Salam.....


Admin dengan ini ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA... MAAF ZAHIR & BATIN. Moga amalan di RAMADHAN kali ini diterima olehNYA.

Moga Aidilfitri akan dipenuhi dengan kerahmatan disamping kegembiraan bersama sanak saudara & keluarga tercinta. Jangan lupa disebalik kemeriahan ini ... ada insan yang berduka.

Lemang dan ketupat jangan dilupa.....



Dan mercun kena JAGA-JAGA,..... bahaya 


JANGAN LUPA BERMAAF-MAAFAN DI HARI MULIA




 
Wassalam

-admin PSKD-

Thursday, June 14, 2012

SONYEP JER......

Salam.....



Macam biasa... hari berganti hari, bulan berganti bulan..... senyap jer aktiviti warga PSKD tahun ini... dah masuk setengah tahun, tiada sebarang aktiviti yang berjalan setakat ini.

Namun demikian..... alhamdulliah, keselamatan persekitaran PSKD buat masa ini terjamin, cuma baru-baru ini berlaku kehilangan besi penutup longkang besar di laluan masuk ke sub-stesyen elektrik Nur Distribution (berdekatan surau sekolah rendah hi-tech) dan dilaluan masuk belakang sekolah menegah hi-tech. So minta warga PSKD mengingatkan pada anak2 yang sering bermain bola berdekatan lokasi berkenaan agar berjaga-jaga.

Mungkin kesibukan semua  warga PSKD menyebabkan tidak ada aktiviti dapat dijalankan. Bulan depan dah nak posa....lepas tu raya... boleh kot buat jamuan raya lepas ini?????????

Wassalam....

*sekarang ini musim EURO 2012.... tak dak bukak stadium macam world cup hari tu........!!!!!

Thursday, March 1, 2012

SEKADAR BERKONGSI ....APA YANG ANDA NAMPAK

Salam,

Pohon tuan-puan renung tepat ke arah objek dibawah.. apa yang anda nampak??????


Kalau nampak objek di atas tu mengembang..... maksudnya anda bermasalah ... pi medical check-up cepat-cepat...


Kalau anda nampak bebola bulat tu sentiasa bergerak .... anda normal....


Wassalam

-admin -pskd-

SEKADAR PANDUAN .....KELEBIHAN BUAH PISANG

Salam,


Disini admin senaraikan kelebihan buah pisang..... buah tempatan kita....


1. Sebagai sumber tenaga
Pisang dapat dicerna dengan mudah, gula yang terkandung di dalamnya diubah menjadi sumber tenaga yang bertindak secara cepat dan berkesan. ia baik untuk pembentukan tubuh, fungsi otot dan sangat berkesan untuk menghilangkan penat.

2. Penderita anemia.
Pesakit anemia disarankan untuk menikmati 2 biji pisang setiap hari kerana ia mengandungi zat besi yang tinggi.

Monday, February 20, 2012

SEKADAR PANDUAN .....KESAN MINUM AIS

Salam...

Di bawah admin sertakan panduan utk rakan2 PSKD. (admin pun la nie dok sakit tekak.... cuaca tak menentu....

Kesan Minum AIS

Serangan Jantung dan Amalan Minum Air Panas .... 

Bukan sahaja amalan meminum air panas selepas makan, tetapi berhubung SERANGAN JANTUNG!!!!. 
Kita tidak akan kehilangan apa-apa... malah akan mendapat faedah dari amalan ini. 

Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca.   Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan. 
Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan.  Ia akan memperlahankan penghadaman kita.   
Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan   menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakinemuk dan   menuju  ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT. 
Jalan terbaik...adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas makan.    

:Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!!!  
Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri.   
Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda.   
Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada serangan pertama  serangan jantung.   
Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa.  Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur.   
Marilah kita berwaspada dan berhati-hati..   
Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup... 

Monday, February 13, 2012

SEKADAR PANDUAN .....AWAS 25 TANDA-TANDA INI PADA TUBUH ANDA....

Salam....

Dah sebulan dah tak ber'blog'.... admin sibuk ... so dibawah admin sertakan 25 perkara dan sintom pada tubuh tuan/puan untuk mengetahui masalah pada tubuh.... so sama-sama kita renung......




1. MATA : Bertindak balas dengan keadaan hati
i) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi.
Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
ii) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
iii) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
iv) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
v) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

2. HIDUNG : Mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong
i) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
ii) Hidung tersumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
iii) Bersin : a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
                 b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

3. BATUK
i). Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
ii). Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
iii). Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...