Sekiranya penduduk PSKD yang berdekatan dengan rumah admin pagi-pagi buta dok dengar ayam berkokok dan bunyi burung terkukur tu ... jangan buat-buat pelik. Walaupun sebelum ini kadang-kadang kita dok dengar ayam hutan berkokok awal lagi atau lewat petang di belukar bersebelahan dengan taman, sekarang ini pagi-pagi akan kedengaran ayam serama peliharaan admin berkokok.
Admin minta maaf kalau bunyi kokokan ayam serama dan burung terkukur berkenaan mengganggu ketenteraman jiran-jiran. Hajat hati admin bukannya nak mengganggu .. cuma admin inginkan suasana harmoni macam suasana kampung.
Ayam serama ini admin perolehi dari rakan kerja admin. (kalau nak melawat dan nak tahu dengan lebih lanjut sila layari http://seramamas.blogspot.com/ dan http://seramapb.blogspot.com/2011/03/ayam-serama-majidie-pinang-tunggal.html ).
Dan pada masa yang sama juga ... akan kedengaran bunyi burung terkukur pada masa-masa tertentu. So pada jiran-jiran .... jangan mare .... nanti kena jual... heh heh)
Wassalam
-Admin pskd-.
No comments:
Post a Comment