SALAM SILATURRAHIM . Selamat Datang ke Blog PSKD, blog bagi penduduk di Taman KTC Fasa 4 (Damelda). Moga kita dapat memupuk ukhwah dan silaturrahim dalam masyarakat taman ini. Semoga juga blog ini dapat memberikan sumber rujukan serta maklumat dari masa ke semasa. -admin-

Wednesday, December 28, 2011

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2012

Salam,

Lagi tiga hari sahaja lagi 2011 bakal meninggalkan kita ... masa yang berlalu tidak boleh di undur lagi dah. Mari kita bertanya pada diri sendiri ... Adakah azam 2011 telah berjaya di laksana? Apakah perkara-perkara positif dan kebaikan yang kita telah lakukan dalam 2011? Dan bla.. bla.. bla.... ('tepuk dada tanya selera")

Apapun ... kepada warga PSKD, Selamat Menyambut Tahun 2012 dan semoga kerjasama dan jalinan silaturrahim antara semua warga PSKD makin bertambah teguh dan erat.

Wassalam....

-admin pskd-

* bila nak buat lantikan AJK PSKD tahun 2012/2013 .. sonyep aje nie...

Tuesday, December 27, 2011

SEKADAR BERKONGSI ... SEKOLAH DAH NAK MULA!!!!

Salam,


Cuti sekolah tinggal seminggu saja lagi. Minggu depan 3 Januari 2012 akan bermula sesi persekolahan bagi tahun 2012. Bagi ibubapa warga PSKD yang anak-anak bersekolah di SK Taman Hi-Tech, bermula tahun 2012 sesi persekolahan akan melibatkan sesi pagi dan petang. So .... ibubapa yang terlibat macam saya ini terpaksa mula bersedia untuk mengambil anak balik sekolah waktu pagi dan petang. Dan apa yang dikesalkan adalah penamatan kelas pengajian KAFA oleh sekolah berkenaan. Bagi kita sesuatu yang elok patut di teruskan.... tapi pihak sekolah pula telah menamatkan kelas KAFA berkenaan dengan alasan kelas tak cukup (patut terima ke alasan ini ???????).
So apapun... pada ibubapa .... jangan lupa membeli kelengkapan persekolahan anak2 dan membeli buku di sekolah. Moga anak-anak kita akan berjaya dan terus berjaya .... insyallah.

Wassalam

-admin pskd-

Monday, December 19, 2011

SEKADAR BERKONGSI - BERITA TAMAN BERDEKATAN

Salam,


Info daripada blog yang admin temui mengenai taman perumahan berhampiran dengan Taman KTC4.


GAMBAR PONTIANAK KULIM HITECH YANG DIRAKAM SINAR HARIAN
 HI-TECH - Misteri lembaga putih dipercayai langsuir yang dilaporkan sering bertenggek di atas paip air di jalan masuk ke Taman Kulim Perdana terjawab apabila imej objek putih yang sedang terbang berjaya dirakamkan Sinar Harian kira-kira jam 2.45 pagi semalam.
 Sebelum ini, Sinar Harian dimaklumkan orang ramai mengenai kewujudan makhluk itu dan ia sering ditemui berterbangan sekitar kawasan ladang kelapa sawit berdekatan sebelum bertenggek di atas paip air.
 Ketika imej berkenaan dirakam, keadaan di sekitar kawasan itu gelap dan hujan renyai.
 Sebelum penggambaran dibuat, perkhidmatan pengamal perubatan tradisional terdiri dalam kalangan masyarakat Melayu dan Cina turut digunakan untuk memastikan lembaga yang selama ini menghantui tempat itu dirakamkan.
 Selain kemenyan dan setanggi, beberapa peralatan lain turut digunakan. Malah, pengamal perubatan Cina yang hanya mahu dikenal sebagai Tan turut menjalankan upacara pemujaan di lokasi terbabit dan ini adalah hari ketiga cubaan untuk merakamkan imej lembaga itu.
 Sebelum imej berjaya dirakamkan, terdapat beberapa gangguan berlaku seperti salakan anjing yang kuat dan sayup serta bau bunga kemboja yang sering ditemui di tanah perkuburan.
Perasaan seram sejuk semakin kuat dan menyebabkan dua daripada empat orang yang berada di lokasi mengambil keputusan untuk beredar dari kawasan itu.
 Daripada pengamatan dibuat pada imej lembaga berkenaan, ia tidak bermata dan badannya putih seakan-akan dibalut dengan sesuatu.
 Ketika rakaman dibuat, lembaga itu terbang dengan keadaan mukanya menghadap ke hadapan di belakang wartawan Sinar Harian yang sedang duduk di tepi pembahagi jalan.
 Seorang pengamal perubatan tradisional Melayu yang dikenal dengan nama Rosli berkata, terdapat lima lembaga sekitar kawasan itu dan imej yang berjaya dirakamkan adalah yang ketiga.
 Menurutnya, sebelum ini, pokok besar dan hutan tebal di sekitar kawasan itu menjadi tempat tinggal mereka, tetapi setelah ia diteroka bagi tujuan pembangunan, makhluk ini terus mendiami tapak lamanya.
 “Makhluk halus, jin, iblis dan syaitan memang wujud dan kita harus mempercayainya. Mereka muncul setelah diseru dan dipuja.
 “Kita boleh berkomunikasi dengan mereka jika kita mempelajari ilmu tertentu. Selain itu, makhluk ini turut mengenali dan akan membenci individu yang tahu asal-usul mereka,” katanya.

-SH

Saturday, December 3, 2011

MESYUARAT AJK & WARGA PSKD KALI KE-4

Salam,

Gambar sekitar mesyuarat jawatankuasa & warga PSKD pada 30 November 2011.

Pengerusi (tengah) Lt. Kol (B) Umar, Setiausaha (Kanan) Saudara Hazizi, Wakil Lorong (Kiri) Saudara Wan

Gambar sebelah ... yang berbaju biru (tengah), Mohd Nor  'chef' untuk majlis silaturrahim..... Yang kanan (berbaju hitam), saudara Anuar.... tuan rumah mesyuarat kali ini. Kiri sekali Hj.Rohaimi, Kanan sekali Saudara Faris.









Gambar kiri, berbaju biru tersipu-sipu malu.... Naib Pengerusi PSKD, Saudara Man di apit oleh saudara Boy dan Syukri.
Gambar kanan, berbaju biru muda, bakal AJK tertinggi yang baru, Cikgu Khalil. Yang berbaju hijau, Saudara Saiful, berbaju orange Saudara Hafiz (wakil lorong 4/19).


Antara jamuan ringan yang disediakan malam mesyuarat.... Pisang emas dan nangka + air mineral sponsor ........






Wassalam

-admin ktc-




Friday, December 2, 2011

SEKADAR MAKLUMAN .. MAJLIS SILATURRAHIM PSKD 10 DISEMBER 2010

Salam,

Insyaallah pada 10 Disember 2011 akan di adakan majlis silaturrahim PSKD  (sempena sambutan Awam Muharram) di perkarangan antara rumah En. Khalid dan En. Saha bermula jam 8.30 mlm. Anjuran majlis ini susulan daripada mesyuarat kali ke-4 yang diadakan di rumah salah seorang warga PSKD, En. Anuar pada 30 November 2011. Antara pengisian majlis ini berupa jamuan makan ayam panggang (yang mana setiap rumah warga PSKD di minta membawa seekor ayam yang telah siap 'diperam' mengikut resepi masing-masing sebelum di bakar/dipanggang di majlis berkenaan). Antara menu lain jamuan makan berkenaan adalah seperti satay, mihun goreng, nasi goreng, nugget & sosej goreng serta buah-buahan.




Keputusan mesyuarat pada malam 30 November 2011 juga telah melantik jawatankuasa pelaksana majlis berkenaan dan ketetapan untuk kutipan sumber kewangan sebanyak RM30.00 setiap rumah juga telah dibuat. Semua warga PSKD boleh menghulurkan sumbangan berkenaan kepada ketua-ketua lorong atau terus kepada Bendahari PSKD (En. Jasni)  sebelum 5 Disember 2011.

Insyaallah... pada malam kemuncak majlis silaturrahim berkenaan, pembubaran Jawatankuasa PSKD tahun 2009/2011 akan diadakan dan lantikan Jawatankuasa PSKD yang baru akan dilakukan.

So pesanan daripada Pengerusi PSKD + AJK Pelaksana Majlis Silaturrahim:-
1. Para bapa-bapa diminta datang ke lokasi majlis untuk kerja-kerja memanggang ayam pada 5.00 petang.
2. Semua isi rumah PSKD di minta menghantar ayam yang di'peram' ke lokasi majlis pada jam 5.00 petang untuk proses memanggang.
3. Kaum ibu + anak-anak di minta mula ke majlis pada jam 8.00 malam.
(*pesanan pengerusi:- kerja-kerja menyiapkan jamuan makan malam berkenaan 100% akan dilakukan oleh kaum bapa-bapa, 'orang-rumah' semua goyang kaki dan makan sahaja).

Semoga dengan majlis ini diharapkan hubungan kekeluargaan dapat dieratkan lagi......

Wassalam,

-admin pskd-

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...