Salam,
Untuk informasi khariah Damelda....
Aktiviti yang dijalankan setakat ini.....2010
1. Lantikan Jawatankuasa PSKD - diadakan di rumah sahabat kita, Mr.. Mokhtar di malam hari di musim world-cup (teman pun dah lupa tarikhnya). Hampir 95% kehadiran warga suami pada malam berkenaan untuk berkenalan dgn lebih rapat dan bermesyuarat. Maka Jawatankuasa pun telah dilantik bagi 2010/2011 (senarai AJK rasanya kita perlu rujuk pada tuan SU - En. Hazizi).So lepas meeting tu ade juga aktiviti yang dirancang.
2.Pembinaan 'pondok pemerhati /pengawal' - setakat ini boleh dikatakan 60% siap. Walaupun rasanya hampir setahun tak siap2 lagi akibat kesibukan rakan2 tetapi rasanya kalau nak compare dengan
projek kedua Penang Bridge .... kita rasanya lebih hebat.
3. Jamuan Moreh & Jamuan Hari Raya 2010 - kedua-dua jamuan ini telah dijayakan dengan suksessnya hasil kerjasama dan sumbangan warga PSKD. Untuk jamuan hari raya, ianya diadakan di laluan antara rumah teman dengan rumah Mr. Hisham. Cukup meriah.... cukup hebat.... untuk aktiviti kali pertama. Untuk this year ... kita buat lebih hebat Insyaallah.
Aktiviti tahun 2011
1. Aktiviti gotong-royong pembinaan padang bolasepak kanak-kanak - pembinaan padang bolasepak ini bertujuan memastikan keselamatan anak2 kita yang asyik dok menyepak di jalan tar (tak safety langsung... jatuh berdarah lutut). Dan hasil pertolongan Mr. Apai.... tanah padang yang bak belukar telah bertukar menjadi padang bolasepak (lepas ini bapak2 diminta turun ... kita main bolasepak pulak).
2. Aktiviti jamuan di Sri Impian Inn (pada 2 April 2011) - jamuan sempena mengeratkan serta mengukuhkan ikatan siratulrahim penduduk PSKD serta agenda lain untuk lantikan AJK bagi 2011/2012. Juga berjalan dengan lancar hasil komitmen semua AJK. Kehadiran semua penduduk memuaskan (95%). Berkenaan dengan lantikan AJK baru .... terpaksa ditangguh dulu untuk mesyuarat akan datang.....(teman cadangkan kita lantik AJK dikalangan ahli baru pulak, tapi pengerusi + setiausaha kekal).
Maaf sebab tidak disertakan gambar2 untuk majlis & aktiviti yang telah dijalankan. Sebab jurugambar tak sempat nak serah gambar + jurugambar bercuti masa aktiviti dijalankan.
Rasanya itu sahaja aktiviti yang sempat dijalankan ... yang teman ingat. Untuk lebih detail kita rujuk pada Tuan Setiausaha kita....
Wassalam
-admin-
No comments:
Post a Comment