Salam,
Sekadar promosi .... voltage stabilizer (yang di hasilkan sendiri oleh rakan kerja di tempat kerja). Berminat hubungi saya .... special utk warga PSKD (harga boleh di runding lagi.... sikit-sikit boleh ler kurang)
Wassalam
-admin PSKD-
Tuesday, October 11, 2011
Tuesday, September 13, 2011
SEKADAR PANDUAN .....Pada pemilik kereta
Makna Nombor Pada Tayar
Sebenarnya, setiap tayar mempunyai maklumat yang terperinci berhubung jenis, saiz dan keumpamaan, termasuk minggu dan tahun keluaran. sesiapa saja dapat memahami maklumat ini untuk membuat pilihan tayar yang tepat bagi kenderaan mereka. cara paling tepat memahaminya adalah dengan memilih satu contoh tayar dan menelitinya sedikit demi sedikit.
Di bawah ini adalah panduan untuk makna nombor yang paling penting bagi sebuah tayar. Sebagai contoh, kita akan teliti nombor berikut: 175/70R13 82H. Nombor 175 yang pertama dalam siri merujuk kepada lebar itu dalam milimeter, iaitu jarak diukur dari sisi ke sisi. biasanya jika lebih besar nilai angka ini lebih lebar tayar itu. Nombor 70 menyatakan nisbah aspek (aspact ratio) tayar atau ketinggian tayar berbanding dengan kelebaran tayar itu.

SEKADAR PANDUAN .....
Tips penjagaan gear box
Kali ini saya kongsikan pengetahuan saya mengenai cara penjagaan gearbox manual dan auto.
Apabila kita membeli kereta baru, semua peralatan adalah baru termasuk gear box. Dan jika kita perhatikan, ada dinyatakan apabila millage kereta kita mencecah 1,000 km, kita perlu hantar kereta untuk service pertama. Service pertama adalah check up terakhir yang sepatutnya dibuat pada semua kereta oleh pengeluar kereta. Perkara yang diperiksa pada service pertama termasuk menukar semua jenis minyak pada kereta termasuk minyak gear box. Jangan abaikan service pertama ini kerana pada masa ini minyak enjin dan minyak gear box yang mengandungi lebihan besi atau habuk besi di dalam enjin akan dibuang bagi mengelakkan enjin dan gear box terhakis.Bagi yang membeli kereta secondhand, apa yang perlu dibuat, tukar minyak gear box sebaik sahaja anda membeli kereta tersebut dan rekodkan bacaan millage kereta anda. Bagi auto, setiap 15,000 atau 20,000 km, tukar minyak gear box anda.Bagi manual, setiap 40,000
atau 50,000 km tukar minyak gear box anda.

Labels:
gear box kereta
Wednesday, September 7, 2011
SEKADAR RENUNGAN
Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah
Sumbangan : Iskandar Hassan
Seorang Executive muda yang berjaya sedang memandu
disebuah perkampungan di pinggir Bandar. Ia memandu
agak laju dengan sebuah kereta Waja yang berprestasi
tinggi yang baru sahaja dibelinya.
Sambil ia memandu perlahan-lahan ia sedang memerhatikan
seorang anak kecil dicelah-celah kereta yang diletakkan ditepi
jalan, ia memperlahankan keretanya untuk melihat
sesuatu yang difikirkannya.

Friday, August 26, 2011
SEKADAR PEDOMAN DI MUSIM RAYA
| Perkara-perkara yang perlu dielakkan dalam sibuk beraya wassalam Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin dari 'admin & keluarga' |
Kepada semua Warga PSKD....
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN..
Semoga Berbahagia & Ceria Bersama Keluarga Tersayang
Semoga Berhati-hati di Jalan Raya
Thursday, August 25, 2011
SEKADAR RENUNGAN
Kisah Benar : "Abang,tunggu mak di syurga ya"
Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.
Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terakhir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'.
Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang.
Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskanair buat kali terakhir pada tubuh kecil abang.
Subscribe to:
Posts (Atom)