Macam biasa... hari berganti hari, bulan berganti bulan..... senyap jer aktiviti warga PSKD tahun ini... dah masuk setengah tahun, tiada sebarang aktiviti yang berjalan setakat ini.
Namun demikian..... alhamdulliah, keselamatan persekitaran PSKD buat masa ini terjamin, cuma baru-baru ini berlaku kehilangan besi penutup longkang besar di laluan masuk ke sub-stesyen elektrik Nur Distribution (berdekatan surau sekolah rendah hi-tech) dan dilaluan masuk belakang sekolah menegah hi-tech. So minta warga PSKD mengingatkan pada anak2 yang sering bermain bola berdekatan lokasi berkenaan agar berjaga-jaga.
Mungkin kesibukan semua warga PSKD menyebabkan tidak ada aktiviti dapat dijalankan. Bulan depan dah nak posa....lepas tu raya... boleh kot buat jamuan raya lepas ini?????????
Wassalam....
*sekarang ini musim EURO 2012.... tak dak bukak stadium macam world cup hari tu........!!!!!