SALAM SILATURRAHIM . Selamat Datang ke Blog PSKD, blog bagi penduduk di Taman KTC Fasa 4 (Damelda). Moga kita dapat memupuk ukhwah dan silaturrahim dalam masyarakat taman ini. Semoga juga blog ini dapat memberikan sumber rujukan serta maklumat dari masa ke semasa. -admin-

Monday, February 20, 2012

SEKADAR PANDUAN .....KESAN MINUM AIS

Salam...

Di bawah admin sertakan panduan utk rakan2 PSKD. (admin pun la nie dok sakit tekak.... cuaca tak menentu....

Kesan Minum AIS

Serangan Jantung dan Amalan Minum Air Panas .... 

Bukan sahaja amalan meminum air panas selepas makan, tetapi berhubung SERANGAN JANTUNG!!!!. 
Kita tidak akan kehilangan apa-apa... malah akan mendapat faedah dari amalan ini. 

Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca.   Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan. 
Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan.  Ia akan memperlahankan penghadaman kita.   
Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan   menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakinemuk dan   menuju  ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT. 
Jalan terbaik...adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas makan.    

:Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!!!  
Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri.   
Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda.   
Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada serangan pertama  serangan jantung.   
Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa.  Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur.   
Marilah kita berwaspada dan berhati-hati..   
Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup... 

Monday, February 13, 2012

SEKADAR PANDUAN .....AWAS 25 TANDA-TANDA INI PADA TUBUH ANDA....

Salam....

Dah sebulan dah tak ber'blog'.... admin sibuk ... so dibawah admin sertakan 25 perkara dan sintom pada tubuh tuan/puan untuk mengetahui masalah pada tubuh.... so sama-sama kita renung......




1. MATA : Bertindak balas dengan keadaan hati
i) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi.
Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
ii) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
iii) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
iv) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
v) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

2. HIDUNG : Mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong
i) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
ii) Hidung tersumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
iii) Bersin : a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
                 b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

3. BATUK
i). Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
ii). Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
iii). Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...