Catatan :Perjalanan panjang sperma menuju sel telur diperingkat awal hingga terbentuk menjadi manusia sempurna dengan izin Allah ......
Tuesday, May 31, 2011
SEKADAR RENUNGAN ... KEJADIAN 'MANUSIA'
Subhanallah ...... lihatlah keagungan Allah dalam perjalanan kejadian 'manusia'......
Catatan :Perjalanan panjang sperma menuju sel telur diperingkat awal hingga terbentuk menjadi manusia sempurna dengan izin Allah ......
Catatan :Perjalanan panjang sperma menuju sel telur diperingkat awal hingga terbentuk menjadi manusia sempurna dengan izin Allah ......
SEKADAR INFO .... JUARA UEFA CHAMPIONS LEAGUE
Salam... seperti di ramal, pertemuan 2 gergasi bolasepak pada pagi 29 Mei 2011 berkesudahan dengan kemenangan kepada FC Barcelona dengan jaringan 3 -1. ....
Siapa juara sebenar ?????????
Victory to Barca ......................
Wassalam
-admin-
Siapa juara sebenar ?????????
Victory to Barca ......................
Wassalam
-admin-
Friday, May 27, 2011
SEKADAR PANDUAN ..... TUJUAN MANDI
KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus. Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.
Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.
Mengeluarkan racun:
Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.
SEKADAR PANDUAN .... SELAMAT BERCUTI....
Salam,
Memandangkan mulai hari ini dah start cuti sekolah, maka ramailah yang nak balik kampong (tidak termasuk warga PSKD yang kampong dekat-dekat macam Sg Petani, Alor Setar, Sidim, Pendang dan disekitar kawasan Kedah & Penang.... heh heh). So bila balik kampung tu berhati-hatilah memandu..... fikirkan keselamatan dan fikirkan "speed-trap".... insyaallah selamat. Speed-trap tu ada di mana-mana dan ditempat yang tidak dijangka seperti gambar di bawah.......
Gambar seorang abang polis buat speed-trap dalam gerai jual buah-buahan
So... admin ucapkan Selamat Bercuti pada anak-anak yang bersekolah dan warga pendidik di PSKD....

SEKADAR PEDOMAN ..... RINTIHAN SUAMI YANG TIDAK TERUCAP
Salam......
Tips dari Dato' Dr. Mohd Fadzillah Kamsah untuk keluarga bahagia...........
RINTIHAN SUAMI YANG TAK TERUCAP (34 tip)
1. Sayangi kami seadanye tanpa syarat.
2. Hormati suami sebagai pemimpin rumahtangga dalam semua hal.
3. Terima suami yang tidak sempurna. (terima dan doakan). Bukan semua
suami serba boleh. Lihat aspek positif.
4. Tolong beri `khidmat' sebelum diminta. Malu nak mintak khidmat. Ikut resmi
si kembang cina.
5. Sukar nak lupa peristiwa lama isteri – menghantui naluri dan jiwa suami
sepanjang hayat.
6. Tolong jangan bangkang cakap suami.
7. Tolong sokong pendirian dan minat suami untuk meningkatkan esteem.

Tuesday, May 24, 2011
SEKADAR RENUNGAN .....Tanda Kita Akan Mati
Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini.
Rasulallah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda.
Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.
Monday, May 23, 2011
SEKADAR INFO ..... "SNAKE BUSTERS"
Salam,
Sahabat kita (Mr. Joe dan Mr. Mokhtar) macam pemburu ular....... Untuk emergency lain kali, boleh call depa berdua .........
* kejadian berlaku pada 10 mei 2011 di lorong 4/18... admin baru sempat nak upload. Nak pastikan saiz ular, jantina ular, warna & jenis ular kena tanya depa ....

Friday, May 20, 2011
SEKADAR INFO UNTUK 'KAKI BOLA' .... FINAL UEFA CHAMPIONS LEAGUE
Salam,
Final UEFA Champions League bakal kunjung tiba....moh ler warga 'kaki tonton bola' PSKD (Man, Mokhtar, Hazizi, Cikgu Khalil, Joe, Cikgu Din, Azizul dan lain-lain) melayan di TV masing-masing awal pagi 29 May 2011. (Nak bukak mini-stadium macam world cup tahun lepas di rumah Mokhtar nampaknya tak kesampaian kot....).
So .... sama-sama ramal sapa yang bakal menang....(admin ramal Barca 2 - 0 MU)
FC BARCELONA VS FC MAN. UNITED
Wassalam....
-admin-
SEKADAR INFO ......RAHSIA POTONG KUKU
Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;
* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan
* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan
* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit
* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan
masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala
Wassalam... admin
Thursday, May 19, 2011
SEKADAR UCAPAN .......
Salam,
Disebabkan ramai warga PSKD yang jadi cikgu, guru dan seangkatan dengannya so admin ingin ucapkan Selamat Hari Guru.....(bagi warga PSKD yang kerja di industri tu .... bila la kerajaan nak istihar Selamat Hari Pekerja Industri ... heh heh...).

GuRu~Kaulah InsaN HebaT
Jika Hari Ini Seorang Perdana Menteri Berkuasa.....,
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta.....,
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara.......,
Jika hari ini seorang ulama' yang mulia.....,
Jika hari ini seorang peguam menang bicara.....,
Jika hari ini seorang penulis terkemuka.....,
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa......,
Sejarahnya dimulakan oleh seorang Guru biasa.....,
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
- Usman Awang (1979)

Tuesday, May 10, 2011
SEKADAR RENUNGAN
Soal: Apa hukum memuliakan ibu pada hari ibu? Apakah di sana terdapat tegahan dari syarak untuk merayakan perayaan ini?
Jawab (syeikh Faisal Mawlawi): Memuliakan ibu adalah dituntut sepanjang tahun sepenuhnya. Menghormati ibu, menuntut keredhaannya, berkhidmat dan berbuat apa sahaja kebaikan kepadanya adalah dituntut dengan tuntutan yang tegas (wajib) sebagaimana yang termaktub di dalam al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w. Perkara ini sudah diketahui umum oleh mana-mana manusia.
Monday, May 9, 2011
SALAM TAKZIAH......
AL-FATIHAH.......Salam takziah kepada saudara En. Aznan dan sekeluarga (warga PSKD, nombor rumah 403, Lorong KTC 4/16) kerana telah kehilangan bonda mertua yang telah kembali ke rahmatullah pada 8 Mei 2011. Jenazah telah disemadikan di tanah perkuburan Masjid Kulim selepas solat zohor. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas jenazah dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang soleh........ amin.
Wassalam
-admin-
Friday, May 6, 2011
SEKADAR PEDOMAN - BUDAYA HIDUP YANG SIA-SIA
Ibnu Qoyyim Al Jauziyah mengatakan bahwa ada sepuluh hal yang tidak bermanfaat.
Pertama: memiliki ilmu namun tidak diamalkan.
Kedua: beramal namun tidak ikhlash dan tidak mengikuti tuntutan nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam.
Wednesday, May 4, 2011
SEKADAR PEDOMAN - KELEBIHAN MENGINGATI MATI
Setiap makhluk yang hidup pasti akan mati, sesungguhnya kematian tetap akan menjemput insan untuk kembali kepada penciptanya. Sekuat manapun kita lari, sejauh manapun kita cuba hindari, namun kematian akan tetap mengekori kita.
Sampai waktu dan ketikanya, kita tetap akan pergi jua. Betapa kerapnya malaikat maut melihat dan merenung wajah seseorang, iaitu dalam masa 24 jam sebanyak 70 kali, andainya manusia sedar hakikat tersebut, nescaya dia tidak akan lalai mengingati mati.
Subscribe to:
Posts (Atom)